Surah 9: At-Taubah (122)

Kewajipan Mendalami Ilmu Agama

Surah 9: At-Taubah (122)


Ayat 122

وَمَا كَانَ ٱلْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُوا۟ كَآفَّةً ۚ فَلَوْلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَآئِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوا۟ فِى ٱلدِّينِ وَلِيُنذِرُوا۟ قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوٓا۟ إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ

Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).

Ibnu ‘Abbas ra mengatakan maksud ayat ini ialah tidaklah patut orang-orang mukmin semuanya ikut ke medan perang dan meninggalkan Rasulullah saw sendirian. Dia juga mengatakan bahawa ada pasukan-pasukan kecil (Sariyyah) yang diarahkan oleh Rasulullah saw untuk keluar berperang.

Ketika pasukan-pasukan ini pergi berperang, Al-Quran telah diturunkan dan Rasulullah saw mengajarkannya kepada pasukan-pasukan yang tidak ikut berperang. Kemudian apabila pasukan Sariyyah itu kembali kepada kaumnya, orang-orang yang tinggal itu mengajarkan Sariyyah apabila telah kembali kepada mereka.

Inilah tujuannya diperintahkan agar tidak semua ikut berperang agar ada yang tinggal tidak ikut berperang itu dapat memperdalami ilmu.