Surah 82: Al-Infitar (1 – 5)

Peristiwa yang Terjadi pada Hari Kiamat

Surah 82: Al-Infitar (1 – 5)


Ayat 1

إِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنفَطَرَتْ

Apabila langit terbelah.

Ayat 2

وَإِذَا ٱلْكَوَاكِبُ ٱنتَثَرَتْ

Dan apabila bintang-bintang jatuh berserakan.

Ayat 3

وَإِذَا ٱلْبِحَارُ فُجِّرَتْ

Dan apabila lautan menjadikan meluap.

Ayat 1-3 surah ini menceritakan keadaan yang berlaku selepas tiupan sangkakala kali pertama iaitu:

▪️  Langit terbelah.

▪️  Bintang-bintang jatuh bertaburan setelah terbelahnya langit.

▪️  Lautan menyala sehingga menjadi api yang berkobar.

Firman Allah Swt dalam surah yang lain:

“Dan apabila lautan dipanaskan.”

At-Takwir 81:6

Ayat 4

وَإِذَا ٱلْقُبُورُ بُعْثِرَتْ

Dan apabila kubur-kubur dibongkar.

Manakala ayat ini pula menceritakan keadaan yang berlaku selepas tiupan sangkakala kali yang kedua iaitu:

▪️  Kubur-kubur dibongkar dan dikeluarkan penghuni-penghuninya.

Ayat 5

عَلِمَتْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ وَأَخَّرَتْ

Maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan yang dilalaikan(nya).

Ketika ini manusia akan tahu apa yang telah mereka kerjakan dan apa yang telah mereka tinggalkan. Mereka juga akan menyesal kerana ada amalan yang sepatutnya boleh dilakukan namun mereka tidak melakukannya.