Wajah-wajah Penghuni Neraka dan Penghuni Syurga pada Hari Kiamat
Surah 80: ‘Abasa (38 – 42)
Ayat 38
وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ مُّسْفِرَةٌ
Banyak wajah pada hari itu berseri-seri,
Ayat 39
ضَاحِكَةٌ مُّسْتَبْشِرَةٌ
Tertawa dan gembira ria.
Allah Swt menyebutkan keadaan manusia pada hari tersebut terdiri daripada dua golongan iaitu:
▪️ Wajah gembira dan berseri-seri.
Ini adalah wajah orang-orang yang beriman dan mereka adalah penghuni syurga. Ketika itu mereka mengetahui kenikmatan dan kemuliaan yang diberikan kepada mereka.
Ayat 40
وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ عَلَيْهَا غَبَرَةٌ
Dan banyak (juga) wajah pada hari itu ditutupi debu.
Ayat 41
تَرْهَقُهَا قَتَرَةٌ
Dan ditutup lagi oleh kegelapan.
Ayat 42
أُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْكَفَرَةُ ٱلْفَجَرَةُ
Mereka itulah orang-orang kafir lagi derhaka.
▪️ Wajah diseliputi oleh kegelapan yang sangat hitam
Ini pula adalah wajah orang-orang yang tidak beriman disebabkan kekufuran dan kederhakaan mereka. Wajah mereka ditutupi debu dan kegelapan ketika melihat azab yang dijanjikan oleh Allah Swt. Mereka adalah penghuni neraka. Wal’iyazubillahi min zalik.