Surah 77: Al-Mursalat (41 – 44)

Balasan kepada Orang yang Bertakwa

Surah 77: Al-Mursalat (41 – 44)


Ayat 41

إِنَّ ٱلْمُتَّقِينَ فِى ظِلَـٰلٍ وَعُيُونٍ

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada dalam naungan (yang teduh) dan (di sekitar) mata-mata air.

Allah Swt menceritakan keadaan hamba-hamba-Nya yang bertakwa, iaitu mereka yang beribadah kepada-Nya, menunaikan semua yang diwajibkan oleh-Nya, serta meninggalkan semua yang diharamkan-Nya. Sesungguhnya mereka pada Hari Kiamat kelak akan berada di dalam syurga-syurga yang banyak mata airnya.

Ini berbeza dengan keadaan orang-orang yang sengsara, mereka pada Hari Kiamat kelak berada di dalam naungan asap hitam yang busuk baunya.

Ayat 42

وَفَوَٰكِهَ مِمَّا يَشْتَهُونَ

Dan (mendapat) buah-buahan daripada (pelbagai jenis) yang mereka ingini.

Mereka mempunyai pelbagai pilihan buah-buahan dan mereka akan mendapatkan apa sahaja yang mereka inginkan.

Ayat 43

كُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ هَنِيٓـًٔۢا بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

(Dikatakan kepada mereka), “Makan dan minumlah kamu dengan lazatnya dengan sebab apa yang telah kamu kerjakan.”

Dikatakan hal ini kepada mereka sebagai penghormatan kepada mereka.

Ayat 44

إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُحْسِنِينَ

Sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.

Ini adalah balasan Allah Swt kepada orang-orang yang berbuat kebaikan dan bertakwa. Dia membalas kebaikan mereka sesuai dengan amal mereka dan Dia tidak akan mensia-siakan pahala mereka.