Surah 7: Al-A’raf (33)

Allah Swt Mengharamkan Perbuatan Keji

Surah 7: Al-A’raf (33)


Ayat 33

قُلْ إِنَّمَا حَرَّمَ رَبِّىَ ٱلْفَوَٰحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَٱلْإِثْمَ وَٱلْبَغْىَ بِغَيْرِ ٱلْحَقِّ وَأَن تُشْرِكُوا۟ بِٱللَّهِ مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهِۦ سُلْطَـٰنًا وَأَن تَقُولُوا۟ عَلَى ٱللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkan-Nya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkan-Nya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.

Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud ra dia mengatakan, Rasulullah saw bersabda: 

“Tidak ada satu pun yang lebih cemburu (ketika kemaksiatan dilakukan) daripada Allah. Oleh itu, Dia mengharamkan semua perbuatan keji baik yang nampak mahupun yang tersembunyi dan tidak ada satu pun yang lebih menyukai pujian daripada Allah.” 

(HR.  Ahmad, Al-Bukhari dan Muslim) 

Berkaitan dengan perbuatan keji, baik yang nampak mahupun yang tersembunyi telahpun dihuraikan sebelumnya pada ayat 151 Surah Al-An’am. 

As-Suddi mengatakan, perbuatan dosa “al-ithm” الإِثْم adalah kemaksiatan dan “al-baghy” الْبَغْي adalah menzalimi orang lain tanpa alasan yang benar, maka Allah swt mengharamkan kedua-dua perbuatan ini. 

Allah Ta’ala melarang hamba-hamba-Nya menjadikan sekutu-sekutu bagi-Nya dalam beribadah kepada-Nya. Dia juga mengharamkan atas mereka mengada-adakan kedustaan terhadap-Nya seperti dakwaan mereka bahawa Allah Swt mempunyai anak dan sebagainya yang mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang hal tersebut. Firman-Nya: 

“………….maka jauhilah olehmu berhala-berhala yang najis itu dan jauhilah perkataan-perkataan dusta dengan ikhlas kepada Allah, tidak menyekutukan sesuatu dengan-Nya…………..” 

Al-Hijr 22:30-31