Surah 7: Al-A’raf (26)

Allah Menciptakan Pakaian untuk Menutup Aurat

Surah 7: Al-A’raf (26)


Ayat 26

يَـٰبَنِىٓ ءَادَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَٰرِى سَوْءَٰتِكُمْ وَرِيشًا ۖ وَلِبَاسُ ٱلتَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ ۚ ذَٰلِكَ مِنْ ءَايَـٰتِ ٱللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).

Allah swt dengan segala kemurahanNya mengurniakan nikmat kepada manusia berupa penciptaan pakaian untuk menutup aurat dan juga pakaian sebagai perhiasan. Dia menjadikan pakaian untuk menutup aurat adalah sesuatu yang utama, manakala pakaian perhiasan hanyalah sebagai pelengkap atau tambahan sahaja. 

Menurut Abdurrahman bin Zaid maksud ayat, “Dan pakaian takwa itulah yang paling baik” ialah seseorang itu bertakwa kepada Allah swt dengan menutup aurat.