Allah Swt Menciptakan Bumi bagi Memudahkan Kehidupan Manusia
Surah 67: Al-Mulk (15)
Ayat 15
هُوَ ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلْأَرْضَ ذَلُولًا فَٱمْشُوا۟ فِى مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا۟ مِن رِّزْقِهِۦ ۖ وَإِلَيْهِ ٱلنُّشُورُ
Dia-lah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah ke segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.
Allah Swt menyebutkan dalil tentang kekuasaan-Nya dan kesempurnaan nikmat-Nya.
Bumi dan semua perbendaharaan di dalamnya ditundukkan untuk manusia. Bumi tidak bergoncang kerana terdapat gunung-gunung sebagai pasak menjadikan manusia hidup dengan aman. Dia juga menyediakan mata air-mata air, sungai-sungai, jalan-jalan dan tempat-tempat untuk bercucuk tanam.
Selain itu, Allah Swt memudahkan manusia berjalan dari satu tempat ke satu tempat bagi mencari rezeki dengan melakukan pelbagai aktiviti dan perdagangan. Semuanya ini adalah termasuk nikmat Allah Swt yang dianugerahkan kepada hamba-hamba-Nya. Namun kesudahannya semuanya akan kembali kepada-Nya.