Surah 6: Al-An’am (131)

Allah Swt Tidak Mengazab Suatu Kaum Melainkan Datang Hujjah kepada Mereka

Surah 6: Al-An’am (131)


Ayat 131

ذَٰلِكَ أَن لَّمْ يَكُن رَّبُّكَ مُهْلِكَ ٱلْقُرَىٰ بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا غَـٰفِلُونَ

Yang demikian (kedatangan Rasul-rasul itu ialah), kerana Tuhanmu tidak membinasakan negeri-negeri secara zalim sedang penduduknya leka lalai.

Allah Swt menyatakan bahawa sesuatu umat itu tidak akan dihukum atas dosa yang mereka lakukan sekiranya risalah dakwah belum sampai kepada mereka. Mereka juga tidak akan dibinasakan kecuali setelah diutuskan para rasul kepada mereka sebagaimana firman-Nya: 

“Sesiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seorang rasul.” 

Al-Isra’ 17:15 

Oleh itu, sesungguhnya Allah Ta’ala tidak pernah menzalimi hamba-hamba-Nya tetapi manusia itulah yang zalim terhadap diri mereka sendiri.