Al-Quran Diturunkan dari Sisi Allah Swt
Surah 46: Al-Ahqaf (1 – 2)
Ayat 1
حمٓ
Ha Mim.
Ayat 2
تَنزِيلُ ٱلْكِتَـٰبِ مِنَ ٱللَّهِ ٱلْعَزِيزِ ٱلْحَكِيمِ
Kitab ini (Al-Quran) diturunkan daripada Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Allah Swt menyatakan bahawa Al-Quran yang diturunkan dari sisi-Nya Yang Maha Perkasa, bukan oleh Nabi Muhammad saw seperti yang dianggap oleh orang-orang musyrik.
Kemudian Allah Swt menyifatkan diri-Nya dengan keperkasaan yang tidak terbatas serta segala perkataan dan perbuatan-Nya penuh dengan hikmah.