Perintah agar Bersabar kerana Janji Allah Swt Itu Pasti
Surah 40: Ghafir (77)
Ayat 77
فَٱصْبِرْ إِنَّ وَعْدَ ٱللَّهِ حَقٌّ ۚ فَإِمَّا نُرِيَنَّكَ بَعْضَ ٱلَّذِى نَعِدُهُمْ أَوْ نَتَوَفَّيَنَّكَ فَإِلَيْنَا يُرْجَعُونَ
Maka bersabarlah kamu (Muhammad), sesungguhnya janji Allah adalah benar. Maka meskipun Kami perlihatkan kepadamu sebahagian azab yang Kami ancamkan kepada mereka ataupun Kami wafatkan kamu (sebelum ajal menimpa mereka), kepada Kami-lah sahajalah mereka dikembalikan.
Allah Swt memerintahkan Rasulullah saw agar bersabar dengan tingkah laku dan pendustaan kaumnya. Sesungguhnya janji-Nya berupa pertolongan, kemenangan dan seksaan kepada orang-orang yang melampaui batas itu adalah pasti sama ada di dunia mahupun di akhirat.
Sesungguhnya janji Allah Swt untuk menurunkan azab kepada orang-orang yang menentang Rasulullah saw itu adalah benar. Oleh itu, sama ada sebahagian daripada azab yang Dia janjikan kepada mereka itu diperlihatkan kepada baginda saw ataupun Dia wafatkannya sebelum itu, mereka tetap akan menerima balasan azab kerana kepada-Nya-lah mereka akan dikembalikan.