Surah 4: An-Nisa’ (112)

Ancaman kepada Orang yang Membuat Tuduhan kepada Orang yang Tidak Bersalah

Surah 4: An-Nisa’ (112)


Ayat 112

وَمَن يَكْسِبْ خَطِيٓـَٔةً أَوْ إِثْمًا ثُمَّ يَرْمِ بِهِۦ بَرِيٓـًٔا فَقَدِ ٱحْتَمَلَ بُهْتَـٰنًا وَإِثْمًا مُّبِينًا

Dan sesiapa yang melakukan suatu kesalahan atau suatu dosa, kemudian dia menuduhnya kepada orang yang tidak bersalah, maka sesungguhnya dia telah memikul kesalahan berbuat dusta, dan melakukan dosa yang amat nyata.

Ayat ini menunjukkan bahawa menuduh suatu kejahatan kepada orang yang tidak bersalah adalah termasuk dosa besar dan perkara yang membinasakan seseorang. Ini kerana orang ini sama seperti telah melakukan banyak kerosakan iaitu telah mengerjakan dosa dan  kesalahan, memfitnah orang yang tidak berdosa, berbuat dusta dengan menyatakan dirinya bersih daripada kesalahan. 

Ini mengakibatkan adanya hukuman duniawi yang tidak benar kepada yang tidak bersalah dan orang yang bersalah tidak dihukum. Justeru orang yang tidak bersalah menjadi bahan pembicaraan dan tohmahan orang lain.