Surah 39: Az-Zumar (75)

Para Malaikat Mengelilingi ‘Arasy sambil Memuji Rabb Mereka

Surah 39: Az-Zumar (75)


Ayat 75

وَتَرَى ٱلْمَلَـٰٓئِكَةَ حَآفِّينَ مِنْ حَوْلِ ٱلْعَرْشِ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ ۖ وَقُضِىَ بَيْنَهُم بِٱلْحَقِّ وَقِيلَ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ

Dan kamu (Muhammad) akan melihat malaikat-malaikat melingkar di sekeliling ‘Arasy bertasbih sambil memuji Rabb mereka, dan diberi keputusan di antara hamba-hamba Allah dengan adil dan diucapkan, “Segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam.”

Allah Swt menceritakan keadaan para malaikat-Nya, bahawa mereka membentuk lingkaran di sekeliling ‘Arasy yang agung, sambil bertasbih dan memuji-Nya, mengagungkan-Nya serta mensucikan-Nya daripada segala bentuk kekurangan dan kezaliman. Sedangkan pada ketika itu Dia telah menyelesaikan keputusan para hamba-Nya dengan adil.