Surah 37: As-Saffat (180 – 182)

Allah Swt Mensucikan Diri-Nya daripada Apa yang Dikatakan oleh Orang Musyrik dan Kesejahteraan Kepada Para Rasul

Surah 37: As-Saffat (180 – 182)


Ayat 180

سُبْحَـٰنَ رَبِّكَ رَبِّ ٱلْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ

Maha Suci Rabbmu, Rabb Yang Maha Perkasa daripada sifat yang mereka katakan.

Allah Swt mensucikan diri-Nya, membersihkan-Nya dan membebaskan-Nya daripada apa yang dikatakan oleh orang-orang yang zalim, mendustakan dan melampaui batas. Maha Suci Allah, Maha Tinggi Dia setinggi-tingginya daripada ucapan mereka.

Ayat 181

وَسَلَـٰمٌ عَلَى ٱلْمُرْسَلِينَ

Dan kesejahteraan dilimpahkan kepada para Rasul.

Ucapan salam sejahtera Allah kepada para Rasul di dunia dan di akhirat atas kelurusan, kesahihan dan kebenaran yang mereka ucapkan tentang Rabb mereka. Sa’id bin Abi ‘Arubah meriwayatkan daripada Qatadah, beliau berkata, Rasulullah saw bersabda:

“Jika kalian menyampaikan salam kepadaku, maka sampaikan pula salam kepada para rasul kerana aku adalah salah seorang rasul di antara para Rasul.”

(HR. At-Tabari dan Ibnu Abi Hatim)

Ayat 182

وَٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ

Dan segala puji bagi Allah Rabb seluruh alam.

Kepunyaan Allah-lah segala pujian di dunia dan akhirat serta pada setiap keadaan.

Telah diriwayatkan ada beberapa hadis tentang doa penutup majlis (kaffaratul majlis) yang dimulai dengan mensucikan Allah Swt, antaranya:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أشْهَدُ أنْ لا إلهَ إِلاَّ أنْتَ، أسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إلَيْكَ.

“Maha Suci Engkau ya Allah, aku memuji-Mu, tidak ada Ilah yang berhak diibadahi dengan benar melainkan Engkau, aku memohon keampunan kepada-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.”

(HR. At-Tarmizi, An-Nasai dan Ahmad)