Surah 34: Saba’ (47)

Rasulullah saw Tidak Meminta Upah atas Dakwah yang Baginda Sampaikan

Surah 34: Saba’ (47)


Ayat 47

قُلْ مَا سَأَلْتُكُم مِّنْ أَجْرٍ فَهُوَ لَكُمْ ۖ إِنْ أَجْرِىَ إِلَّا عَلَى ٱللَّهِ ۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ شَهِيدٌ

Katakanlah (wahai Muhammad), “Balasan apa pun yang aku harap kamu berikan kepadaku sebagai upah maka (faedahnya) untuk kamu. Balasan yang menjadi upahku yang sebenar hanyalah daripada Allah, dan Dia Maha Menyaksikan tiap-tiap sesuatu.”

Allah Swt menyatakan bahawa Nabi Muhammad saw tidak lain adalah seorang Rasul yang memberi peringatan bagi umatnya agar terselamat daripada azab yang sangat keras di akhirat kelak.

Rasulullah saw sekali-kali tidak meminta balasan daripada mereka. Baginda hanya meminta agar mereka beriman kepada Allah. Iman itu adalah untuk kebaikan mereka sendiri.

Baginda hanya mengharapkan balasan pahala daripada Allah Ta’ala. Dia Maha Mengetahui segala urusan, termasuk urusannya menyampaikan ajaran-ajaran-Nya dan keingkaran orang-orang yang tidak mahu mengikutinya.