Surah 3: Ali-‘Imran (98 – 99)

Kecaman Keras terhadap Ahli Kitab

Surah 3: Ali-‘Imran (98 – 99)


Ayat 98

قُلْ يَـٰٓأَهْلَ ٱلْكِتَـٰبِ لِمَ تَكْفُرُونَ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِ وَٱللَّهُ شَهِيدٌ عَلَىٰ مَا تَعْمَلُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu ingkarkan keterangan-keterangan Allah, padahal Allah sentiasa menyaksikan apa yang kamu lakukan?”

Ayat ini merupakan kecaman yang sangat keras terhadap ahli kitab kerana sangat buruk kekafiran dan keingkaran mereka terhadap kebenaran ayat-ayat Allah Ta’ala walaupun mereka telah mengetahui akan kebenarannya. Ini disebabkan sifat sombong dan dengki yang ada pada diri mereka. 

Ayat 99

قُلْ يَـٰٓأَهْلَ ٱلْكِتَـٰبِ لِمَ تَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ مَنْ ءَامَنَ تَبْغُونَهَا عِوَجًا وَأَنتُمْ شُهَدَآءُ ۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَـٰفِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu menghalangi orang-orang yang beriman daripada menurut jalan jalan (agama Islam), kamu hendak menjadikan jalan Allah itu bengkok terpesong, padahal kamu menyaksikan (kebenarannya)? “Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.

Allah swt memerintahkan Rasulullah saw mengutuk perbuatan orang-orang yang cuba memalingkan orang-orang beriman daripada agama Islam dengan menggunakan cara yang licik dan sesat. 

Allah swt mengecam mereka atas hal ini dan menyatakan bahawa Dia menyaksikan apa yang mereka lakukan iaitu tindakan mereka yang menyalahi ajaran para rasul. Allah swt tidak pernah lalai dan Dia pasti membalas segala perbuatan mereka.