Surah 28: Al-Qasas (83 – 84)

Allah Ta’ala Membalas Satu Kebaikan dengan Berlipat Kali Ganda

Surah 28: Al-Qasas (83 – 84)


Ayat 83

تِلْكَ ٱلدَّارُ ٱلْـَٔاخِرَةُ نَجْعَلُهَا لِلَّذِينَ لَا يُرِيدُونَ عُلُوًّا فِى ٱلْأَرْضِ وَلَا فَسَادًا ۚ وَٱلْعَـٰقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ

Negeri Akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di (muka) bumi. dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa.

Ayat 84

مَن جَآءَ بِٱلْحَسَنَةِ فَلَهُۥ خَيْرٌ مِّنْهَا ۖ وَمَن جَآءَ بِٱلسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَى ٱلَّذِينَ عَمِلُوا۟ ٱلسَّيِّـَٔاتِ إِلَّا مَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ

Sesiapa yang datang dengan (membawa) kebaikan, maka baginya (pahala) yang lebih baik daripada kebaikannya itu, dan sesiapa yang datang dengan (membawa) kejahatan, maka orang-orang yang telah melakukan kejahatan itu hanya diberi pembalasan (seimbang) dengan apa yang dahulu mereka kerjakan.

Allah Ta’ala menjelaskan bahawa nikmat akhirat iaitu syurga dengan pelbagai nikmat adalah untuk orang-orang mukmin yang rendah hati. Mereka tidak menyombongkan diri dan tidak membuat kerosakan di muka bumi.

Allah as dengan sifat keadilan-Nya, membalas amal kebaikan dengan gandaan pahala, manakala amal buruk manusia hanya dibalas dengan pembalasan yang setimpal. Allah Ta’ala berfirman dalam ayat yang lain:

“Dan sesiapa membawa kejahatan, maka disungkurkan wajah mereka ke dalam neraka. Kamu tidak diberi balasan, melainkan yang setimpal dengan apa yang telah kamu lakukan.”

An-Naml 27:90

Daripada ‘Iyadh bin Himar ra, Rasulullah saw bersabda:

“Allah telah mewahyukan kepadaku agar kamu sekalian selalu bersikap rendah hati, tidak saling menunjukkan sikap bangga diri, dan satu sama lain tidak saling menzalimi.”

(HR. Muslim)