Surah 28: Al-Qasas (51)

Al-Quran Diturunkan sebagai Rahmat serta Petunjuk kepada Manusia

Surah 28: Al-Qasas (51)


Ayat 51

وَلَقَدْ وَصَّلْنَا لَهُمُ ٱلْقَوْلَ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ

Dan sesungguhnya telah Kami turunkan berturut-turut perkataan ini (Al-Quran) kepada mereka agar mereka mendapat pelajaran.

Allah Ta’ala menyatakan bahawa Dia telah menurunkan Al-Quran secara berturut-turut dan berulang-ulang. Dia menghuraikan dengan terperinci dan menjadikannya sebagai rahmat serta petunjuk bagi manusia, agar mereka beruntung di dunia dan akhirat dengan mengambil pelajaran daripadanya.