Bumi Diwarisi oleh Orang yang Soleh
Surah 21: Al-Anbiya’ (105)
Ayat 105
وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِى ٱلزَّبُورِ مِنۢ بَعْدِ ٱلذِّكْرِ أَنَّ ٱلْأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِىَ ٱلصَّـٰلِحُونَ
Dan sungguh telah Kami tulis di dalam Zabur (sesudah Kami tulis dalam) Lauhul Mahfuzh, bahawasanya bumi ini dipusakai hamba-hamba-Ku yang soleh.
Allah Ta’ala menyatakan ketetapan dan keputusan-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang soleh iaitu mereka akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Bumi ini juga diwariskan kepada mereka. Firman-firman-Nya:
“…………….Sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah, diwariskannya-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya daripada hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”
Al-A’raf 7:128
“Sesungguhnya Kami menolong Rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi (Hari Kiamat).”
Al-Mu’min/Ghafir 40:51
“Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang soleh, bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredai-Nya………….”
An-Nur 24:55
Seterusnya, Allah Ta’ala menyebutkan bahawa hal ini telah tertulis di dalam kitab-kitab syariat, begitu juga takdir dan hal ini pasti akan terjadi.