Surah 2: Al-Baqarah (110) 

Perintah untuk Mendirikan Solat dan Menunaikan Zakat 

Surah 2: Al-Baqarah (110) 


Ayat 110

وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ ۚ وَمَا تُقَدِّمُوا۟ لِأَنفُسِكُم مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِندَ ٱللَّهِ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan.

Seterusnya Allah Ta’ala memerintahkan kaum mukmin agar menyibukkan diri dengan solat, zakat dan amal soleh yang lain serta tidak sibuk memikirkan orang-orang kafir yang berusaha mengembalikan mereka kepada kekafiran. Dia juga mengingatkan mereka bahawa melalui amal soleh yang dikerjakan, mereka akan memperoleh pahala di sisi-Nya.