Surah 2: Al-Baqarah (105) 

Permusuhan Orang Kafir terhadap Orang Mukmin

Surah 2: Al-Baqarah (105) 


Ayat 105

مَّا يَوَدُّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِنْ أَهْلِ ٱلْكِتَـٰبِ وَلَا ٱلْمُشْرِكِينَ أَن يُنَزَّلَ عَلَيْكُم مِّنْ خَيْرٍ مِّن رَّبِّكُمْ ۗ وَٱللَّهُ يَخْتَصُّ بِرَحْمَتِهِۦ مَن يَشَآءُ ۚ وَٱللَّهُ ذُو ٱلْفَضْلِ ٱلْعَظِيمِ

Orang-orang kafir dari ahli kitab, dan juga dari orang-orang musyrik, tidak suka kiranya diturunkan kepada kamu sedikit dari kebaikan (atau wahyu) dari Tuhan kamu padahal Allah berhak menentukan rahmat-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah jualah yang mempunyai limpah kurnia yang amat besar.

Allah Swt menjelaskan betapa kerasnya permusuhan orang-orang kafir daripada ahli kitab dan orang-orang musyrik terhadap orang-orang mukmin. Bani Israil dan kaum musyrikin berasa tidak senang dengan apa juga kebaikan yang Allah Ta’ala turunkan kepada kaum mukmin dan wahyu (Al-Quran) kepada Nabi Muhammad saw kerana perasaan iri hati dan dengki yang ada dalam hati mereka. 

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa menentukan siapa yang dikehendaki-Nya untuk memperoleh rahmat-Nya dan Dia mempunyai kurniaan yang melimpah ruah.