Surah 19: Maryam (56 – 57)

Kisah Nabi Idris as sebagai Seorang Nabi yang Dipuji Kejujurannya

Surah 19: Maryam (56 – 57)


Ayat 56

وَٱذْكُرْ فِى ٱلْكِتَـٰبِ إِدْرِيسَ ۚ إِنَّهُۥ كَانَ صِدِّيقًا نَّبِيًّا

Dan ceritakanlah (wahai Muhammad kepada mereka, kisah) Idris (yang disebut) dalam Al-Quran. Sesungguhnya dia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi.

Ayat 57

وَرَفَعْنَـٰهُ مَكَانًا عَلِيًّا

Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.

Allah Ta’ala menyebut tentang Nabi Idris as dengan memujinya bahawa baginda adalah seorang yang benar-benar tepat dan jujur dalam segala perkataan serta perbuatannya. Dia telah mengangkat namanya di tengah seluruh makhluk dan kedudukannya di antara orang-orang yang dekat dengan Allah Swt. Maka baginda adalah seorang yang namanya ditinggikan penyebutannya dan kedudukannya tinggi.