Dunia adalah Tempat Ujian
Surah 18: Al-Kahfi (7 – 8)
Ayat 7
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى ٱلْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka, siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya.
Allah Swt memberitahu bahawa Dia menjadikan dunia ini dan segala hiasan yang ada padanya sebagai tempat ujian untuk mengetahui siapa yang terbaik amalannya.
Ayat 8
وَإِنَّا لَجَـٰعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا
Dan Kami benar-benar akan menjadikan (pula) apa yang di atasnya menjadi tanah yang rata lagi tandus.
Allah Ta’ala menerangkan bahawa dunia yang telah dihiasi-Nya ini akan musnah. Permukaan bumi itu akan menjadi rata dan kering serta tidak dapat dimanfaatkan. Firman-Nya:
“Maka Dia akan menjadikan (bekas) gunung-gunung itu datar sama sekali, tidak ada sedikitpun kamu lihat padanya tempat yang rendah dan yang tinggi-tinggi.”
Taha 20:106-107