Surah 18: Al-Kahfi (107 – 108)

Balasan kepada Orang Beriman yang Beramal Soleh

Surah 18: Al-Kahfi (107 – 108)


Ayat 107

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّـٰتُ ٱلْفِرْدَوْسِ نُزُلًا

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka adalah Syurga Firdaus (yang) menjadi tempat tinggal.

Ayat 108

خَـٰلِدِينَ فِيهَا لَا يَبْغُونَ عَنْهَا حِوَلًا

Mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah darinya.

Allah Ta’ala memberitahu bahawa hamba-hamba-Nya yang beriman kepada-Nya dan Rasul-Nya serta membenarkan apa yang dibawa oleh para Rasul-Nya akan mendapat kebahagiaan, iaitu akan dimasukkan ke dalam Syurga Firdaus.

Abu Umamah mengatakan, Firdaus adalah pusat syurga. Qatadah pula mengatakan Firdaus adalah puncak syurga iaitu syurga yang paling tengah dan yang paling baik. Dalam Sahih Al-Bukhari disebutkan, Rasulullah saw bersabda:

“Jika kamu memohon syurga kepada Allah, maka mohonlah Syurga Firdaus, kerana ia adalah syurga paling tengah sekaligus paling tinggi. Aku diperlihatkan bahawa di atas Firdaus ada Singgahsana Allah Yang Maha Pengasih dan darinya memancar sungai-sungai syurga.”

(HR. Al-Bukhari)

Mereka akan tinggal dan menetap di syurga buat selama-lamanya. Mereka tidak akan berpindah ke tempat lain.