Pensucian Allah Swt terhadap Diri-Nya dari Mempunyai Anak, Sekutu dan Kehinaan
Surah 17: Al-Isra’ (111)
Ayat 111
وَقُلِ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ ٱلَّذِى لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُن لَّهُۥ شَرِيكٌ فِى ٱلْمُلْكِ وَلَمْ يَكُن لَّهُۥ وَلِىٌّ مِّنَ ٱلذُّلِّ ۖ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا
Dan katakanlah, “Segala puji bagi Allah Yang tidak mempunyai anak dan tidak mempuyai sekutu dalam kerajaan-Nya dan Dia bukan pula hina yang memerlukan penolong dan agungkanlah Dia dengan pengagungan yang sebenar-benarnya.”
Setelah Allah Ta‘ala menyatakan bahawa Dia memiliki nama-nama yang baik, dalam ayat ini pula Dia mensucikan diri-Nya daripada segala sifat kekurangan. Malah Dia-lah Yang Maha Esa dan tempat pergantungan semua makhluk-Nya. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan serta tidak ada seorang pun yang setara dengan-Nya.
Allah Ta‘ala tidak lemah sehingga memerlukan penolong. Dia Maha Tinggi, Maha Pencipta, Maha Pengatur dan Maha Penentu dengan segala kehendak-Nya.
Allah Ta‘ala mengajar kita agar mengagungkan-Nya dengan setinggi-tinggi dan sebesar-besarnya kerana golongan Yahudi, Nasrani, Majusi dan Arab jahiliyah menghina Allah Swt dengan mengatakan Dia memiliki anak, mempunyai sekutu dan penolong. Maha Suci Allah daripada apa yang mereka katakan.