Surah 16: An-Nahl (64)

Al-Quran Merupakan Petunjuk serta Rahmat kepada Manusia

Surah 16: An-Nahl (64)


Ayat 64

وَمَآ أَنزَلْنَا عَلَيْكَ ٱلْكِتَـٰبَ إِلَّا لِتُبَيِّنَ لَهُمُ ٱلَّذِى ٱخْتَلَفُوا۟ فِيهِ ۙ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Dan Kami tidak menurunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Quran) ini, melainkan agar kamu dapat menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan itu dan menjadi petunjuk serta rahmat bagi kaum yang beriman.

Allah Swt memberitahu Rasulullah saw bahawa Dia tidak menurunkan Al-Quran kepada Baginda melainkan agar Baginda menyampaikan kepada umat manusia dengan memberikan penerangan tentang agama-Nya. Ini supaya umatnya mengetahui perbezaan antara petunjuk dan kesesatan, kebenaran dan kebatilan, tentang halal dan haram serta perkara-perkara yang diperintahkan atau yang dilarang. Perkara-perkara ini telah mereka perselisihkan pada awalnya, maka setelah diberikan penerangan barulah jelas kepada mereka.

Oleh itu, Al-Quran merupakan petunjuk dan rahmat kepada orang-orang yang mempercayainya kerana hanya orang-orang yang beriman sahajalah yang akan mendapat manfaat daripadanya.