Surah 16: An-Nahl (63)

Syaitan Menipu Manusia

Surah 16: An-Nahl (63)


Ayat 63

تَٱللَّهِ لَقَدْ أَرْسَلْنَآ إِلَىٰٓ أُمَمٍ مِّن قَبْلِكَ فَزَيَّنَ لَهُمُ ٱلشَّيْطَـٰنُ أَعْمَـٰلَهُمْ فَهُوَ وَلِيُّهُمُ ٱلْيَوْمَ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Demi Allah, sesungguhnya Kami telah mengutus para Rasul Kami kepada umat-umat sebelum kamu, tetapi syaitan menjadikan umat-umat itu memandang baik perbuatan mereka (yang buruk), maka syaitan menjadi pemimpin mereka pada hari itu dan bagi mereka azab yang pedih.

Allah Ta’ala menceritakan bahawa Dia telah mengutuskan para Rasul kepada umat-umat terdahulu. Para Rasul itu juga didustakan oleh kaum masing-masing. Ayat ini juga sebagai iktibar kepada Rasulullah saw supaya Baginda menjadikan kisah-kisah penentangan kaum-kaum terdahulu itu sebagai teladan, sehingga orang-orang yang mendustakan Baginda tidak menjadi penghalang kepadanya menyampaikan risalah-Nya.

Allah Ta’ala juga memberitahu bahawa tindakan orang-orang kafir mendustakan para Rasul adalah disebabkan syaitan menghiasi apa yang mereka lakukan itu kelihatan baik. Pada Hari Akhirat kelak syaitan tidak dapat menolong melepaskan mereka daripada azab.