Pengutusan Rasul Pembawa Tauhid
Surah 16: An-Nahl (2)
Ayat 2
يُنَزِّلُ ٱلْمَلَـٰٓئِكَةَ بِٱلرُّوحِ مِنْ أَمْرِهِۦ عَلَىٰ مَن يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِۦٓ أَنْ أَنذِرُوٓا۟ أَنَّهُۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَٱتَّقُونِ
Dia menurunkan para malaikat dengan (membawa) wahyu dengan perintah-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya, iaitu, “Peringatkanlah olehmu sekalian, bahawasanya tidak ada Ilah (yang berhak diibadahi dengan benar) melainkan Aku, maka hendaklah kamu bertakwa kepada-Ku.”
Allah Ta’ala menurunkan malaikat dengan membawa wahyu kepada hamba-Nya yang Dia kehendaki dan pilih sebagai rasul untuk menyampaikan risalah-Nya, firman-Nya:
“………….Allah lebih mengetahui di mana Dia menempatkan tugas kerasulan……………”
Al-An’am 6: 124
Kemudian Allah Ta’ala menjelaskan tugas para rasul adalah untuk mengajak manusia agar menyembah-Nya kerana tidak ada Ilah selain Dia. Manusia juga diingatkan agar takut terhadap hukuman-Nya sekiranya menentang perintah-Nya dan menyembah selain-Nya.