Al-Quran Memberikan Penjelasan yang Sempurna kepada Manusia
Surah 14: Ibrahim (52)
Ayat 52
هَـٰذَا بَلَـٰغٌ لِّلنَّاسِ وَلِيُنذَرُوا۟ بِهِۦ وَلِيَعْلَمُوٓا۟ أَنَّمَا هُوَ إِلَـٰهٌ وَٰحِدٌ وَلِيَذَّكَّرَ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبَـٰبِ
(Al-Quran) ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan supaya mereka diberi peringatan dengannya, dan supaya mereka mengetahui bahawasanya Dia adalah Ilah yang Maha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran.
Allah Ta’ala menyatakan bahawa Al-Quran adalah pelajaran, nasihat dan peringatan yang sempurna kepada seluruh makhluk daripada kalangan jin dan manusia.
Di dalam Al-Quran, Allah Swt telah menyebutkan berulang-ulang kali bukti-bukti dan dalil-dalil tentang keesaan-Nya. Ini supaya mereka menjadikan isi kandungan Al-Quran sebagai bukti bahawa sesungguhnya tidak ada sembahan yang berhak diibadahi dengan sebenarnya selain Allah Swt.