Surah 14: Ibrahim (23)

Balasan bagi Orang yang Berbahagia di Akhirat

Surah 14: Ibrahim (23)


Ayat 23

وَأُدْخِلَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ جَنَّـٰتٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ ۖ تَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلَـٰمٌ

Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan Rabb mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah “salaam (selamat sejahtera).”

Setelah Allah Swt menyebutkan keadaan orang-orang yang sengsara dan celaka, Dia menyebutkan pula keadaan orang-orang yang bahagia dan beruntung.

Syurga disediakan sebagai balasan kepada orang-orang yang menegakkan agama-Nya. Mereka dikurniakan pelbagai kenikmatan yang tidak pernah terlihat oleh mata, terdengar oleh telinga dan terlintas dalam hati manusia.

Para malaikat menyambut mereka dengan ucapan selamat sejahtera yang bermaksud mereka selamat daripada segala bencana. Ini juga disebut oleh Allah Swt dalam Surah Az-Zumar 39:73, Surah Ar-Ra’d 13:23-24, Surah Al-Furqan 25:75 dan Surah Yunus 10:10.