Perintah agar Beribadah kepada Allah Swt dan Bertawakkal kepada-Nya
Surah 11: Hud (123)
Ayat 123
وَلِلَّهِ غَيْبُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَإِلَيْهِ يُرْجَعُ ٱلْأَمْرُ كُلُّهُۥ فَٱعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيْهِ ۚ وَمَا رَبُّكَ بِغَـٰفِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ
Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepada-Nya-lah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepada-Nya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
Allah Swt menjelaskan bahawa Dia mengetahui segala yang ghaib di bumi dan di langit dan kepada-Nya semua makhluk akan dikembalikan. Setiap orang akan datang membawa amalan masing-masing pada hari perhitungan dan mendapat balasan daripada apa yang mereka telah lakukan.
Oleh itu, Allah Swt memerintahkan supaya mengerjakan ibadah dan bertawakkal kepada-Nya kerana Dia Maha Mengetahui dan tidak lalai terhadap apa yang dilakukan oleh hamba-hamba-Nya. Dia pasti akan memberikan balasan di dunia dan juga di akhirat.