Muqaddimah-Yunus

Surah Yunus

Surah Yunus


Klasifikasi Surah:Makkiyyah
Ayat Madaniyyah (40, 94, 95)
Surah:10
Juz:11
Jumlah Ayat:109
Maksud Surah:Nabi Yunus as

Intisari Surah

Surah Yunus adalah surah ke-10 dalam Al-Quran. Surah ini terdiri daripada 109 ayat dan termasuk golongan surah Makiyyah kecuali ayat 40, 94, 95, yang diturunkan di Madinah.

Surah ini dinamakan Yunus merupakan simbolik dan bukan bererti surah ini berkenaan kisah Nabi Yunus as. Bahkan, kisah terpanjang dalam surah ini adalah kisah Nabi Musa as dan Firaun iaitu pada ayat 75 hingga 93. Pada ayat ke-98 daripada surah inilah yang menyebut perkataan “Yunus” dan merupakan bahagian terpenting daripada surah ini.

Topik utama yang dibahaskan dalam surah ini meliputi masalah akidah iaitu beriman kepada Allah swt, kitab-kitab dan RasulNya, serta hari kebangkitan dan pembalasan.