
Surah Ta Ha
Klasifikasi Surah: | Makkiyyah |
Surah: | 20 |
Juz: | 16 |
Jumlah Ayat: | 135 |
Maksud: | Ta Ha |
Intisari Surah
Surah ini dinamakan Ta Ha dengan mengambil ayat pertamanya. Huruf abjad pada permulaan surah ini sama sebagaimana yang lazim terdapat pada surah-surah lain yang menggunakan huruf-huruf abjad pada permulaannya, huruf-huruf tersebut seakan-akan merupakan pemberitahuan Allah Swt kepada orang-orang yang membacanya, bahawa sesudah huruf itu akan dikemukakan perkara yang sangat penting untuk diketahui.
Antara Isi kandungan:
1️⃣ Keimanan:
▪️ Al-Quran merupakan wahyu daripada Allah Ta’ala, Pencipta semesta alam.
▪️ Kenabian.
▪️ Beberapa gambaran tentang hari kiamat.
2️⃣ Kisah-kisah:
▪️ Kisah Nabi Musa as.
▪️ Kisah Nabi Adam as dengan Iblis laknatullah di syurga.
3️⃣ Lain-lain:
▪️ Ibrah (pelajaran) yang boleh diambil daripada umat-umat terdahulu dan ditundanya azab untuk orang-orang musyrik hingga ke hari kiamat.
▪️ Hukuman bagi orang-orang yang berpaling daripada Al-Quran.
▪️ Sikap orang-orang kafir yang sangat degil dan akibat buruk kepada mereka.