Muqaddimah-Fussilat

Surah Fussilat

Surah Fussilat


Klasifikasi Surah:Makkiyyah
Surah:41
Juzuk:24 (1 – 46)
25 (47 – 54)
Jumlah Ayat:54
Maksud Surah:Yang Dijelaskan

Intisari Surah

Surah ini dinamakan Fussilat (Yang Dijelaskan) kerana diambil daripada perkataan Fussilat yang terdapat pada ayat 3 surah ini dan Allah Swt benar-benar menjelaskan secara terperinci ayat-ayat di dalamnya.

Surah ini menekankan kebenaran Al-Quran sebagai wahyu Allah Swt, mengesakan-Nya dan amaran kepada golongan kafir Quraisy yang menolak dakwah.

Ia menegaskan tanda-tanda kekuasaan Allah Swt di alam semesta, kisah kebinasaan kaum terdahulu, saksi anggota tubuh di akhirat serta janji ganjaran bagi orang beriman.

Isi Kandungan Utama

Keagungan Al-Quran – Menegaskan Al-Quran diturunkan daripada Tuhan Yang Maha Pemurah dan Penyayang dalam bahasa Arab yang jelas.

Tauhid & Penciptaan – Menunjukkan bukti kekuasaan Allah Swt melalui penciptaan langit dan bumi dalam 6 masa serta menghidupkan bumi yang mati.

Sikap Kafir – Merakamkan keengganan orang kafir mendengar Al-Quran dan ugutan seksaan seperti kaum ‘Aad dan Thamud.

Saksi Tubuh – Kulit, pendengaran dan penglihatan manusia akan menjadi saksi atas perbuatan mereka sendiri pada Hari Kiamat.

Dakwah & Akhlak – Galakan untuk berdakwah pada jalan Allah dan membalas kejahatan dengan kebaikan (akhlak mulia).