
Surah At-Tur
| Klasifikasi Surah: | Makkiyyah |
| Surah: | 52 |
| Juzuk: | 27 |
| Jumlah Ayat: | 49 |
| Maksud Surah: | Bukit |
Intisari Surah
Surah ini dinamakan dengan At-Tur yang bererti “Bukit” diambil daripada perkataan At-Tur yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Bukit yang dimaksudkan dalam ini ialah Bukit Tursina yang terletak di Semenanjung Sinai, tempat Nabi Musa as menerima Taurat daripada Allah Swt.
Surah ini menegaskan kepastian Hari Kiamat, azab bagi golongan yang menentang kebenaran, balasan syurga untuk orang bertakwa dan bukti kerasulan Nabi Muhammad saw.
Isi Kandungan Utama
Amaran Azab: Surah ini dimulakan dengan sumpah Allah Swt (termasuk Bukit Tursina) bahawa azab seksaan pada Hari Kiamat pasti berlaku dan tiada siapa yang mampu menghalangnya.
Ganjaran Syurga: Menceritakan kenikmatan luar biasa di dalam syurga yang diberikan kepada orang mukmin sebagai balasan amal soleh.
Pembelaan Rasullullah saw: Mempertahankan Nabi Muhammad saw daripada tuduhan palsu kaum kafir. Surah ini diakhiri dengan perintah kepada baginda untuk bersabar dengan tomahan mereka dan sentiasa bertasbih memuji Allah Swt.