Muqaddimah-At-Talaq

Surah At-Talaq

Surah At-TalaK


Klasifikasi Surah:Madaniyyah
Surah:65
Juzuk:28
Jumlah Ayat:12
Maksud Surah:Talak

Intisari Surah

Surah ini dinamakan At-Talaq kerana kebanyakan ayat-ayat dalam surah ini adalah berkaitan dengan hukum talak.

Surah ini menggariskan panduan jelas mengenai hukum talak, iddah dan nafkah. Ia menekankan hak wanita semasa penceraian, melarang pengusiran isteri dari rumah sepanjang tempoh iddah dan menjanjikan jalan keluar dan rezeki yang tidak disangka-sangka bagi mereka yang sentiasa bertakwa kepada Allah Swt.

Isi Kandungan Utama

Panduan Talak & Iddah: Suami disyariatkan menjatuhkan talak secara adil, iaitu ketika isteri dalam keadaan suci dan belum disetubuhi selepas suci daripada haid. Isteri tidak boleh dihalau keluar dari rumah sepanjang tempoh iddah agar ruang perdamaian (rujuk) sentiasa terbuka.

Ganjaran Bertakwa: Allah Swt memberi jaminan untuk menyelesaikan masalah dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka kepada sesiapa yang bertakwa. Segala urusan akan dipermudahkan bagi mereka yang taat.

Nafkah & Hak Kediaman: Suami wajib memberi nafkah dan menyediakan tempat tinggal yang selesa untuk isteri yang diceraikan mengikut kemampuan masing-masing. Allah tidak membebani seseorang malainkan apa yang termampu.

Amaran & Pengajaran: Allah Swt mengingatkan akibat buruk bagi umat terdahulu yang mengingkari perintah-Nya. Manusia digesa untuk kembali kepada ajaran Islam kerana Allah mengutuskan Rasul sebagai petunjuk yang membawa umat daripada kegelapan kepada cahaya iman.

Peringatan Kekuasaan Allah Swt: Surah ini ditutup dengan mengingatkan manusia tentang kehebatan dan kekuasaan mutlak Allah Swt yang menciptakan tujuh petala langit dan bumi.