
Surah At-Tahrim
| Klasifikasi Surah: | Madaniyyah |
| Surah: | 66 |
| Juzuk: | 28 |
| Jumlah Ayat: | 12 |
| Maksud Surah: | Mengharamkan |
Intisari Surah
Surah ini dinamakan At-Tahrim kerana dimulakan dengan ayat yang mengandungi teguran halus kepada Nabi Muhammad saw kerana baginda mengharamkan sesuatu yang halal demi menjaga hati isteri.
Surah ini juga menyeru umat Islam mendidik keluarga agar terpelihara daripada api neraka dan memberikan contoh wanita mukminah sejati (isteri Firaun dan Maryam) berbanding isteri nabi yang ingkar (Nabi Nuh as dan Nabi Lut as).
Isi Kandungan Utama
Teguran terhadap Rasulullah saw: Allah Swt mengingatkan Rasulullah saw agar tidak bersumpah mengharamkan madu semata-mata untuk menyenangkan hati isteri-isterinya.
Tanggungjawab Keluarga: Perintah tegas agar umat Islam menyelamatkan diri dan ahli keluarga daripada api neraka dengan didikan dan ketaatan kepada Allah Swt.
Taubat dan Keampunan: Galakan untuk bertaubat dengan Taubat Nasuha serta doa memohon cahaya dan keampunan di akhirat.
Perumpamaan Wanita:
- Contoh wanita derhaka: Isteri Nabi Nuh as dan isteri Nabi Lut as yang mengkhianati suami mereka.
- Contoh wanita solehah: Isteri Firaun (Asiah) yan tetap beriman walaupun suaminya kejam, dan Maryam (ibu Nabi Isa as) yang menjaga kesuciannya.