Muqaddimah-At-Taghabun

Surah At-Taghabun

Surah At-Taghabun


Klasifikasi Surah:Madaniyyah
Surah:64
Juzuk:28
Jumlah Ayat:18
Maksud Surah:Hari Dinampakkan Kesalahan

Intisari Surah

Surah ini dinamakan At-Taghabun yang diambil daripada perkataan At-Taghabun pada ayat ke-9 yang bermaksud hari dinampakkan kesalahan-kesalahan.

Surah ini menekankan kekuasaan Allah Swt, peringatan tentang ujian harta dan keluarga serta kesedaran manusia di Hari Kiamat terhadap kerugian akibat mensia-siakan amal soleh di dunia.

Isi Kandungan Utama

Kekuasaan dan Ilmu Allah Swt: Segala isi langit dan bumi bertasbih kepada Allah Swt. Dia Maha Mengetahui apa yang zahir, tersembunyi dan tersimpan di dalam hati manusia.

At-Taghabun: At-Taghabun merujuk kepada Hari Kiamat, iaitu hari di mana manusia akan saling dizahirkan kerugiannya akibat memilih kesesatan dan mengabaikan petunjuk Allah Swt.

Ujian Harta dan Keluarga: Harta dan anak-anak adalah ujian. Umat Islam diingatkan agar berhati-hati supaya tidak terpedaya atau lalai daripada mengingati Allah Swt.

Perintah Bertakwa dan Bersedekah: Manusia diseru untuk bertakwa kepada Allah Swt. Digalakkkan juga untuk berinfak (memberi pinjaman yang baik kepada Allah) yang akan dilipatgandakan pahalanya dan membersihkan diri daripada sifat bakhil.