Muqaddimah-Asy-Syu’ara’

Surah Asy-Syu'ara'

Surah Asy-Syu’ara’


Klasifikasi Surah:Makkiyyah
Surah:26
Juzuk:19
Jumlah Ayat:227
Maksud Surah:Para Penyair

Intisari Surah

Surah ini dinamakan Asy-Syu’ara’ (kata jamak daripada Asy-Sya’ir yang bererti penyair) diambil daripada perkataan Asy-Syu’ara’ (ٱلشُّعَرَآءُ) yang terdapat pada ayat 224, yang menjelaskan perbezaan ketara antara sifat penyair zaman jahiliyah yang terpesong dengan petunjuk para rasul yang benar. Penyair ketika itu merupakan golongan yang berpengaruh kerana mampu memukau bangsa Arab dengan syair mereka. Allah Swt membenamkan kebatilan syair mereka dengan mukjizat Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa syair itu sendiri iaitu bahasa Arab.

Terdapat beberapa nilai yang berharga dalam surah ini iaitu daripada pelbagai kisah para Nabi yang umat mereka dimusnahkan.

Surah ini juga memberikan semangat, motivasi dan menenangkan hati Nabi Muhammad saw ketika menghadapi tentangan kaum Musyrikin Quraisy.

Isi Kandungan Utama

Kisah Para Rasul: Surah ini terkenal kerana memuatkan banyak kisah perjuangan para nabi dan rasul dalam mengajak kaum mereka kepada tauhid serta balasan azab bagi yang menentang.

Kemuliaan Al-Quran: Menegaskan bahawa Al-Quran benar-benar diturunkan oleh Allah Swt melalui Malaikat Jibril as dalam bahasa Arab yang jelas.

Penolakan Terhadap Penyair Jahiliyah: Di hujung surah, Allah menerangkan perbezaan sifat rasul yang membawa kebenaran dengan penyair zaman jahiliyah yang kata-kata mereka sering tidak selari dengan perbuatan.

Kisah Nabi Asy-Syu'ara'