
Surah Asy-Syams
| Klasifikasi Surah: | Makkiyyah |
| Surah: | 91 |
| Juzuk: | 30 |
| Jumlah Ayat: | 15 |
| Maksud Surah: | Matahari |
Intisari Surah
Surah ini dinamakan Asy-Syams “Matahari” kerana diambil daripada perkataan Asy-Syams (ٱلشَّمْسِ) yang terdapat pada ayat pertama surah ini.
Surah ini mengingatkan manusia supaya menyucikan jiwa dari kejahatan dan mendekatkan diri kepada ketakwaan.
Isi Kandungan Utama
Sumpah Allah Swt: Allah bersumpah dengan tujuh tanda kebesaran-Nya iaitu matahari, bulan, siang, malam, langit, bumi dan penciptaan jiwa manusia untuk menegaskan pentingnya isi surah ini.
Kejayaan dan Kerugian Jiwa: Allah mengilhamkan kepada jiwa manusia jalan ketakwaan dan kejahatan. Manusia beruntung jika menyucikan jiwanya dengan ketaatan dan rugi jika mengotorinya dengan kemaksiatan.
Kisah Kaum Thamud: Surah ini mengisahkan kaum Thamud yang mendustakan Nabi Saleh as dan mereka dihancurkan Allah Swt kerana melampaui batas dan membunuh unta betina mukjizat akibat penolakan peringatan rasul.