Muqaddimah-As-Saffat

Surah As-Saffat

Surah As-Saffat


Klasifikasi Surah:Makkiyyah
Surah:37
Juz:23
Jumlah Ayat:182
Maksud Surah:Yang Bersaf-saf

Intisari Surah

Surah ini dinamakan dengan As-Saffat diambil daripada perkataan tersebut yang terletak pada ayat permulaan surah yang menceritakan bagaimana para malaikat yang bersih jiwa mereka berbaris di hadapan Rabb mereka dan mereka tidak dapat digoda oleh syaitan.

Surah ini mengukuhkan dasar-dasar akidah Islamiah melalui kisah-kisah kenabian, membongkar kesesatan syirik dan membuktikan kekuasaan serta keesaan Allah yang Maha Agung, sambil menggalakkan umat Islam untuk sentiasa berada di barisan yang benar (berjihad di jalan Allah) dalam menegakkan kebenaran seperti para Rasul terdahulu.

Isi Utama Surah

▪️   Tauhid dan Keimanan – Dalil keesaan Allah, kebenaran Hari Kebangkitan dan peranan malaikat dalam bertasbih.

▪️   Kisah Para Rasul – Kisah Nabi Nuh as, Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as, Nabi Musa as dan Nabi Harun as, Nabi Ilyas as, Nabi Lut as serta Nabi Yunus as sebagai teladan kesabaran dan ketaatan.

▪️   Kritikan Terhadap Syirik – Menegaskan larangan menyembah berhala dan menolak dakwaan bahawa malaikat adalah anak perempuan Allah.

▪️   Kehidupan Akhirat – Gambaran tentang penghuni syurga dan neraka serta perbincangan tentang pohon Zaqqum.

▪️   Perjuangan (Jihad) – Menekankan jihad menegakkan agama Allah melalui lisan (dakwah) dan perbuatan serta mengingatkan pengikut-pengikut yang soleh.

▪️   Pujian dan Keagungan Allah Swt – Menekankan bahawa Allah adalah sebaik-baik Pencipta, Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.