
Surah An-Nisa’
| Klasifikasi Surah: | Madaniyyah |
| Surah: | 4 |
| Juz: | 4 (1 – 23) 5 (24 – 147) 6 (148 – 176) |
| Jumlah Ayat: | 176 |
| Maksud Surah: | Wanita |
Intisari Surah
Surah ini dinamakan surah An-Nisa’ kerana di dalam surah ini banyak dibincangkan hal-hal yang berhubung wanita seperti perkahwinan, rumahtangga, wasiat, perhambaan dan sosio-ekonomi.
Surah ini merupakan surah Madaniyyah yang diturunkan pada waktu yang berbeza-beza namun ia berlangsung sekitar tahun ke-3 sehingga tahun ke-5 Hijrah. Juzuk 4, ayat (1 – 28) diturunkan selepas tamat Peperangan Uhud pada tahun ke-3 Hijrah apabila timbul persoalan pembahagian pusaka kepada isteri-isteri dan anak-anak kepada 70 orang para syuhada di Uhud.
Surah ini melengkapkan asas Daulah Madinah yang telah dimulakan dari surah Al-Baqarah, membuktikan kerajaan Madinah sebuah peradaban yang menjaga rapi hubungan sesama manusia tanpa mengira darjat mereka. Para sahabat dibawa kepada identiti yang berbeza sepenuhnya dengan cara hidup mereka di zaman Jahiliyyah semasa di Mekah dahulu.
Sayyid Qutb menekankan bahawa Surah An-Nisa’ adalah manifestasi sistem sosial Islam yang seimbang antara hak dan tanggungjawab, rahmat dan keadilan, serta ketegasan dan kelembutan. Ia membentuk asas masyarakat Islam yang kuat dan beradab, berbeza dari sistem ciptaan manusia yang sering berat sebelah.
Segmentasi Surah


Rujukan dari blog Kita Hamba: https://kitahamba.wordpress.com/category/4-an-nisa/