
Surah Al-Qasas
| Klasifikasi Surah: | Makkiyyah |
| Surah: | 28 |
| Juz: | 20 |
| Jumlah Ayat: | 88 |
| Maksud Surah: | Cerita-cerita |
Intisari Surah
Surah ini dinamakan Al-Qasas kerana mengambil perkataan Al-Qasas daripada ayat 25.
Surah ini diturunkan ketika kaum muslimin masih dalam keadaan lemah kerana mereka masih dibelenggu kekejaman kaum musyrikin Mekah sebagai kuasa besar, mewah dan kuat. Allah menurunkan surah ini agar dapat dibuat perbandingan dengan riwayat hidup Nabi Musa as dengan kekejaman Firaun dan akibat daripada kemewahan Qarun. Selain itu, Allah memberikan janji bahawa kelak kemenangan akan berpihak kepada Nabi Muhammad saw.