
Surah Al-Mu’minun
| Klasifikasi Surah: | Makkiyyah |
| Surah: | 23 |
| Juz: | 18 |
| Jumlah Ayat: | 118 |
| Maksud Surah: | Golongan Beriman |
Intisari Surah
Surah ini dinamakan Al-Mu’minun kerana ia dibuka dengan ayat قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ. Kemudian diteruskan dengan ayat-ayat tentang sifat-sifat orang mukmin dan balasan pahala yang besar buat mereka di akhirat kelak iaitu memiliki Syurga Firdaus.
Surah ini mendidik manusia mengenai Hari Kebangkitan melalui pendekatan:
-
Semasa (penciptaan manusia dan alam)
-
Sebelum (sejarah kaum terdahulu yang mendustakan Rasul)
-
Kemudian (gambaran Hari Kebangkitan)
Di permulaan surah: Cerita mengenai mereka yang berjaya (orang beriman).
Di penghujung surah: Cerita mengenai mereka yang tidak berjaya (orang yang tidak beriman).
Surah ini juga menyebut bagaimana untuk mengenal hati yang baik dan amalan yang dilakukan adalah ikhlas iaitu apabila mendengar ayat-ayat Allah Swt hati menjadi gentar dan terus melaksanakan perintah-Nya serta meninggalkan larangan-Nya.
Kaitan dengan surah sebelumnya (Surah Al-Hajj):
Surah Al-Hajj berakhir dengan perintah ibadah dan berpegang pada tali Allah Swt maka surah Al-Mu’minun bermula dengan ganjaran yang akan diperolehi mereka iaitu Syurga Firdaus.
Status surah:
-
Surah ini mempunyai unsur Makkiyyah, turun pada fasa ke-3 di mana pertembungan Rasulullah saw dan Quraisy telah berlaku namun belum membawa kepada seksaan fizikal.
-
Ayat (75 – 76) memberikan isyarat surah ini turun semasa peristiwa kemarau panjang Mekah yang berlaku sekitar tahun 6 Hijrah.
Tema surah:
Menyeru Quraisy agar mengakui dan menerima risalah Rasulullah saw dan beriman dengan Hari Kebangkitan.
Segmentasi Surah


Rujukan dari blog Kita Hamba: https://kitahamba.wordpress.com/category/23-al-muminun/