
Surah Al-Maidah
| Klasifikasi Surah: | Madaniyyah |
| Surah: | 5 |
| Juzuk: | 6 (1 – 82) 7 (83 – 120) |
| Jumlah Ayat: | 120 |
| Maksud Surah: | Hidangan |
| Nama Lain: | 1. Al-Uqud (perjanjian) – kerana perkataan itu terdapat pada ayat pertama surah ini iaitu Allah Swt menyuruh agar hamba-hamba-Nya memenuhi janji mereka terhadap Allah Ta’ala dan perjanjian-perjanjian yang mereka buat sesama mereka. 2. Al-Munqidz (yang menyelamatkan) – kerana pada akhir surah ini terdapat kisah Nabi Isa as sebagai penyelamat pengikut-pengikut setianya daripada azab Allah Swt. |
Intisari Surah
Surah ini dinamakan Al-Maidah kerana memuatkan kisah pengikut-pengikut setia Nabi Isa as (Hawariyyun) meminta kepada baginda agar Allah Swt menurunkan untuk mereka Al-Maidah (hidangan makanan) dari langit (ayat 112).
Surah ini merupakan surah Madaniyyah yang diturunkan selepas peristiwa perjanjian Hudaibiyyah pada 6 Hijrah. Majoriti ayat-ayatnya dikatakan turun secara sekaligus kepada Rasulullah saw pada satu waktu antara penghujung tahun 6 Hijrah dan permulaan tahun 7 Hijrah.
Isi Kandungan Utama
Hukum-Hakam dan Peraturan
▪️ Menepati Janji: Perintah agar umat Islam sentiasa menyempurnakan janji dan perjanjian sesama manusia serta dengan Allah Swt.
▪️ Halal dan Haram: Penjelasan terperinci tentang makanan yang halal dan diharamkan, termasuk sembelihan dan haiwan buruan.
▪️ Ibadah: Hukum berkaitan cara berwuduk, bertayamum dan ketentuan semasa ihram.
▪️ Larangan Keras: Pengharaman amalan meminum arak, berjudi, menenung nasib dan berkorban untuk berhala.
Keimanan dan Akidah
▪️ Menolak akidah yang menyeleweng, terutamanya bantahan terhadap golongan yang mempertuhankan Nabi Isa as dan ibunya, Maryam.
▪️ Menegaskan konsep keesaan Allah Swt dan kekuasaan-Nya yang mutlak.
Kisah dan Pengajaran
▪️ Kisah Habil dan Qabil: Kisah dua orang anak Nabi Adam as tentang permusuhan dan pembunuhan pertama di muka bumi akibat sifat dengki.
▪️ Kisah Al-Ma’idah (Hidangan): Asal nama surah ini diambil daripada permintaan pengikut setia Nabi Isa as (Hawariyyun) agar Allah menurunkan sebuah hidangan makanan dari langit sebagai mukjizat dan bukti keyakinan.
Keadilan Sosial
▪️ Perintah supaya menegakkan keadilan dan berlaku jujur dalam apa jua keadaan, walaupun terhadap musuh sendiri.
▪️ Garis panduan berinteraksi dengan golongan Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani).
Perbandingan dengan Surah-Surah Madaniyyah sebelum Surah Al-Maidah (Al-Baqarah, Ali ‘Imran dan An-Nisa’):
| Surah-Surah Sebelumnya | Surah Al-Maidah |
|---|---|
| Menggambarkan kerajaan Madinah dalam bahaya dari segenap sudut. | Diturunkan selepas kemenangan Perang Khandaq dan kekuasaan Islam sedang berkembang. |
| Membongkarkan kejahatan Quraisy. | Quraisy sudah “mengaku kalah” pada kedaulatan kerajaan Madinah. |
| Membongkarkan kejahatan Yahudi Ahlul Kitab. | Yahudi telah “dibersihkan” sepenuhnya dari dalam Madinah. |
Tema Surah:
“Menepati Janji” dalam ayat 1 sesuai dengan konteks termeterainya perjanjian Hudaibiyyah.
Hubungan dengan Surah Sebelumnya (Surah An-Nisa’):
Surah An-Nisa’ memaparkan sikap Yahudi yang tidak menepati janji mereka dengan ajaran Taurat dalam banyak perkara (ayat 155) manakala Surah Al-Maidah menekankan bahawa para Mukminin mesti menepati janji mereka dengan Allah Swt dan Rasul-Nya melalui perintah-perintah dalam Al-Quran.
Segmentasi Surah



Rujukan dari blog Kita Hamba: https://kitahamba.wordpress.com/category/quran/5-al-maidah/