Muqaddimah-Al-Maidah

Surah Al-Maidah

Surah Al-Maidah


Klasifikasi Surah: Madaniyyah 
Surah: 5
Juz: 6 (1 – 82)
7 (83 – 120)
Jumlah Ayat: 120
Maksud Surah: Hidangan
Nama Lain: 1. Al-Uqud (perjanjian) – kerana perkataan itu terdapat pada ayat pertama surah ini iaitu Allah swt menyuruh agar hamba-hambaNya memenuhi janji mereka terhadap Allah Ta’ala dan perjanjian-perjanjian yang mereka buat sesama mereka. 
2. Al-Munqidz (yang menyelamatkan) – kerana pada akhir surah ini terdapat kisah Nabi Isa as sebagai penyelamat pengikut-pengikut setianya daripada azab Allah swt. 

Intisari Surah

Surah ini dinamakan Al-Maidah kerana memuatkan kisah pengikut-pengikut setia Nabi Isa as meminta kepada Baginda agar Allah swt menurunkan untuk mereka Al-Maidah (hidangan makanan) dari langit (ayat 112). 

Isi kandungan surah ini merangkumi berikut: 

Keimanan

  • Bantahan terhadap orang-orang yang mempertuhankan Nabi Isa as.

Hukum

  • Kewajipan menunaikan akad (janji).
  • Hukum melanggar syiar Allah Ta’ala.
  • Halal dan haram dalam bab makanan. 
  • Keizinan memakan makanan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani). 
  • Keizinan menikahi wanita ahli kitab. 
  • Penjelasan tentang bab taharah seperti wudhu’, mandi dan tayammum. 
  • Solat dan zakat juga wajib bagi orang-orang Yahudi dan Nasrani. 
  • Dakwah kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani supaya mereka menjadi muslim. 
  • Peringatan untuk menjaga diri daripada menyalahgunakan kuasa. 
  • Hukuman kepada pemberontak, pengganggu kedamaian dan pencuri. 
  • Larangan mutlak minum arak dan berjudi. 
  • Peraturan tambahan untuk hukum kesaksian. 

Kisah

  • Kisah Bani Israil dengan Nabi Musa as. 
  • Kisah kedua-dua putera Nabi Adam as. 
  • Kisah Al-Maidah yang merupakah sebuah mukjizat Nabi Isa as di hadapan para sahabatnya yang dikenali sebagai Al-Hawariyyun. 

Lain-lain

  • Mukjizat Nabi Isa as dan fakta bahawa Baginda tidak mendakwa dirinya mempunyai sifat ketuhanan. 
  • Kesaksian Nabi Isa as yang akan diberikan pada hari kiamat. 
  • Arahan supaya bersifat lemah lembut terhadap sesama mukmin dan bersikap keras terhadap orang-orang kafir. 
  • Penyempurnaan agama Islam pada zaman Nabi Muhammad saw. 
  • Kewajipan bersikap jujur dan berlaku adil. 
  • Sikap dalam menghadapi berita-berita bohong. 
  • Akibat berkawan rapat dengan orang yang bukan muslim. 
  • Kutukan Allah swt terhadap orang-orang Yahudi. 
  • Kewajipan rasul hanya menyampaikan agama. 
  • Sikap Yahudi dan Nasrani terhadap orang Islam. 
  • Kaabah panduan hidup manusia. 
  • Peringatan Allah swt supaya meninggalkan amalan Arab jahiliyah. 
  • Larangan-larangan terhadap pertanyaan-pertanyaan yang mengakibatkan kesempitan dalam agama.