
Surah Al-Kahfi
Klasifikasi Surah: | Makkiyyah |
Surah: | 18 |
Juz: | 15 (1 – 74) 16 (75 – 110) |
Jumlah Ayat: | 110 |
Maksud Surah: | Gua |
Nama Lain: | Ashabul Kahfi |
Intisari Surah
Surah ini dinamakan Al-Kahfi kerana diambil daripada kisah yang terdapat dalam surah ini pada ayat 9 sehingga ayat 26, tentang beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya.
Selain kisah tersebut, terdapat juga beberapa kisah lain yang kesemuanya mengandungi pelajaran-pelajaran yang berguna untuk kehidupan manusia.