
Surah Al-Jin
| Klasifikasi Surah: | Makkiyyah |
| Surah: | 72 |
| Juzuk: | 29 |
| Jumlah Ayat: | 28 |
| Maksud Surah: | Jin |
Intisari Surah
Surah ini dinamakan “Al-Jin” yang bererti “Jin” diambil daripada perkataan “ٱلْجِنِّ” yang terdapat pada ayat pertama surah ini.
Surah ini menceritakan pengakuan sekumpulan jin yang beriman selepas mendengar bacaan Al-Quran, perbezaan golongan jin, keesaan Allah Swt dan penegasan bahawa Nabi Muhammad saw diutus untuk manusia dan jin.
Isi Kandungan Utama
Kisah Jin Mendengar Al-Quran: Sekumpulan jin mendengar bacaan Al-Quran oleh Nabi Muhammad saw lalu mereka kagum dan beriman kerana ia memberi petunjuk benar.
Sifat dan Jenis Jin: Golongan jin terbahagi kepada yang beriman dan yang sesat. Mereka tidak mempinyai kuasa mutlak dan tidak mampu menandingi kekuasaan Allah Swt.
Kebebasan Syirik: Larangan meminta perlindungan kepada selain Allah (seperti meminta kepada jin) yang merendahkan martabat manusia.
Tauhid dan Kepatuhan: Penegasan bahawa masjid-masjid adalah milik Allah semata-mata, jadi jangan seru selain Allah. Nabi Muhammad saw hanyalah hamba Allah yang menyampaikan dakwah.
Ilmu Ghaib: Allah Swt sahaja yang Maha Mengetahui perkara ghaib dan Dia tidak mendedahkannya melainkan kepada rasul yang diredhai-Nya.