Surah Al-Hijr
Klasifikasi Surah: | Makkiyyah |
Surah: | 15 |
Juz: | 14 |
Jumlah Ayat: | 99 |
Maksud: | Gunung Batu |
Intisari Surah
Al-Hijr adalah nama sebuah daerah pergunungan yang didiami oleh kaum Thamud pada zaman dahulu yang terletak di pinggir jalan antara Madinah dan Syam (Syria). Tempat ini juga dikenali sebagai Madain Saleh.
Nama surah ini diambil daripada nama daerah pergunungan itu iaitu berkaitan dengan nasib penduduknya kaum Thamud yang dinyatakan pada ayat 80 hingga ayat 84. Mereka telah dimusnahkan oleh Allah Ta’ala kerana mendustakan Nabi Saleh as dan berpaling daripada ayat-ayat Allah Swt.
Dalam surah ini juga terdapat kisah-kisah kaum yang lain yang telah dibinasakan oleh Allah Swt seperti kaum Nabi Lut as dan kaum Nabi Syu’aib as.
Surah ini juga mengandungi pengajaran bahawa orang-orang yang menentang ajaran Rasul-rasul akan mengalami kehancuran.