
SurahAl-Buruj
| Klasifikasi Surah: | Makkiyyah |
| Surah: | 85 |
| Juzuk: | 30 |
| Jumlah Ayat: | 22 |
| Maksud Surah: | Gugusan Bintang |
Intisari Sari
Surah ini dinamakan Al-Buruj yang bererti “Gugusan bintang” diambil daripada perkataan Al-Buruj (ٱلْبُرُوجِ) yang terdapat pada ayat pertama dalam surah ini.
Surah ini memfokuskan kepada keteguhan akidah, kisah pengorbanan Ashab al-Ukhdud (para penggali parit yang membakar orang beriman) dan amaran kepada orang zalim.
Isi Kandungan Utama
Sumpah Allah Swt: Allah bersumpah demi langit yang mempunyai gugusan bintang, Hari Kiamat yang dijanjikan dan hari yang menyaksikan dan yang disaksikan.
Kisah Ashab al-Ukhdud (Parit Berapi): Menceritakan kezaliman seorang raja dan golongan kafir yang menggali parit dan membakar hidup-hidup orang yang beriman kerana teguh mempertahankan akidah.
Balasan Azab dan Keampunan: Orang yang menyeksa mukminin akan mendapat azab Neraka Jahannam. Sebaliknya, orang beriman dan beramal soleh akan mendapat syurga yang mengalir sungai di bawahnya.
Kekuasaan dan Pengawasan Allah Swt: Menegaskan bahawa azab Allah sangat pedih, kekuasaan-Nya meliputi langit dan bumi serta Allah Maha Mengetahui dan Menyaksikan segala perbuatan zalim manusia.
Keagungan Al-Quran: Penutup surah menyatakan bahawa Al-Quran yang mulia ini terpelihara di dalam Lauh Mahfuz.