Muqaddimah-Al-Balad

Surah Al-Balad

Surah Al-Balad


Klasifikasi Surah:Makkiyyah
Surah:90
Juzuk:30
Jumlah Ayat:20
Maksud Surah:Negeri

Intisari Surah

Surah ini dinamakan “Al-Balad” yang bererti “Negeri” diambil daripada perkataan “Al-Balad (ٱلْبَلَدِ)” yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Yang dimaksud dengan negeri dalam ayat ini ialah kota Mekah.

Surah ini menceritakan tentang kemuliaan kota Mekah, hakikat kehidupan manusia yang penuh dengan ujian dan pilihan jalan hidup antara kebaikan dan keburukan.

Isi Kandungan Utama

Sumpah demi Kota Mekah: Allah Swt bersumpah dengan nama kota Mekah untuk menunjukkan kemuliaan dan kedudukan tempat tersebut.

Kehidupan Manusia yang Susah: Allah menyatakan bahawa manusia diciptakan dalam keadaan menghadapi susah payah dan cabaran hidup dunia.

Nikmat Pancaindera: Allah mengingatkan manusia tentang nikmat besar yang dikurniakan seperti mata, lisan, bibir dan petunjuk dua jalan (kebaikan dan keburukan).

Jalan yang Mendaki lagi Sukar (Al-Aqabah): Panduan amal soleh untuk mendapatkan keselamatan iaitu dengan cara memerdekakan hamba, memberi makan kepada anak yatim yang kelaparan atau fakir miskin yang kesusahan.

Golongan Kanan dan Kiri: Penjelasan tentang balasan bagi orang beriman yang saling berpesan dengan kesabaran dan kasih sayang (golongan kanan / ahli syurga) berbanding orang yang kufur (golongan kiri / ahli neraka).